Wednesday, May 23, 2012
susu ibu sahaja 6 bulan pertama
Assalammualaikum....
Erm....lambat lg nk update blog ni...so kali ni nk cerita sikit mengenai susu ibu...
Last week on wednesday, aku berkesempatan ler mendengar ceramah mengenai susu ibu ni...o.eh yg demikian...info yg baik ni...aku nk kongsi ler sesama kita.....
Kenapa susu ibu?
- susu ibu mengandungi 88% air
- bayi akan me dapat air yg secukupnyer setiap kali menyusu
- susu ibu mengandungi cukup air dan nutrien yg diperlukan oleh bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan
- bayi yg menyusu susu ibu tidak akan mengalami masalah penghadaman kerana susu ibu mudah dihadam. Maka bai tidak perlu air tambahan
- jika anda rasa bayi anda dahaga atau panas, susuilah bayi anda dgn lebih kerap.
KEBAIKAN SUSU IBU UTK BAYI
- mengandungi semua nutrien yg lengkap dan sesuai utk:-
- tumbesaran bayi
- kecerdasan minda
- mengandungi antibodi utk melindungi bayi daripada:-
- jangkitan kuman
- alahan
- cirit birit
- radang paru-paru
- mudah dihadam
- mengurangkan risiko diabetes dan obesiti semasa kanak-kanak
KEBAIKAN SUSU IBU UTK IBU
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
- menjarakkan kehamilan dgn penyusuan susu ibu secara eksklusif
- mengembalikan bentuk badan kpd bentuk asal
- menjimatkan masa dan wang
- mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
- mengurangkan risiko kerapuahn tulang dan anemia
KEPENTINGAN MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL
- merangsangkan penghasilan dan pengaliran susu ibu
- memastikan bayi mendapat kolostrum (susu awal bewarna kuning pekat)
- mengandungi bahan laksatif utk melawaskan pembuangan najis hitam(mekonium)
- memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif
MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU SLPS 6 BULAN WALAUPUN MAKANAN PELENGKAP TELAH DIPERKENALKAN
- kerana susu ibu membekalkan 1/3-1/2 kalori utk bayi geruia 12 bulan dan perlu diteruskn shingga 2 thn
- penyusuan susu ibu sgt mudah dan tiada peralatan yg diperlukan
So...itu saje yg aku nk kongsikan wat masa ni...wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment